
Pelakon baharu yang memiliki raut wajah comel iaitu Mira Filzah pastinya selepas ini akan lebih dikenali ramai menerusi bidang lakonan diceburinya selepas diberi kepercayaan penerbit dan pengarah drama tempatan untuk menggalas watak utama dalam drama bersiri terbaharu berjudul Cinta Si Wedding Planner yang ditayangkan menerusi Slot drama dengan rating tertinggi, Akasia TV3
Mira Filzah sebelum ini juga menjadi sebutan ramai terutamanya golongan lelaki berikutan kemunculannya dengan berpakaian seragam penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk sebuah telefilem berjudul Din Sardin yang ditayangkan di TV9

Boleh dikatakan pembabitan Mira Filzah atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badiozaman dalam dunia lakonan belum pun setahun, namun namanya dikenali dengan agak cepat dan drastik terutamanya oleh pengguna rangkaian laman media sosial
Malah penampilan cantik dengan berhijab dilihat sebagai bonus untuk dirinya mendapat peminat yang ramai dimana penampilan tersebut bukan halangan untuk dia mencuba nasib mengetengahkan bakat yang ada dalam bidang lakonan tanah air
Mira Filzah tampil dalam dunia peragaan untuk majalah ketika usia 18 tahun, sebelum pembabitan pertamanya dalam bidang lakonan menerusi sebuah mini drama Dunia Lola rancangan Program Hijabista yang bersiaran di Astro Ria

BIODATA MIRA FILZAH PELAKON DRAMA CINTA SI WEDDING PLANNER
| Profil Ringkas Mira Filzah | |
Nama Sebenar Nur Amirah Filzah Binti Badioezaman | |
Nama Popular Mira Filzah | |
Umur 23 Tahun (2016) | |
Tarikh Lahir 2 April 1993 | |
Asal Bangi Selangor Kelahiran Ipoh Perak | |
Pendidikan Perniagaan Antarabangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam | |
Pekerjaan Terkini Pelakon, Pengacara, Blogger, Model | |
Populariti Gara-gara gambarnya memakai uniform anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disangka penguatkuasa sebenar menjadi viral di internet | |
Lakonan Drama Dunia Lola (2010), Dahlia (2013) Eksperimen Cinta (2015), Cinta Si Wedding Planner (2015-2016) | |
Lakonan Telefilem Din Sardin (2015), Abang Haji (2015), Abang Beduk (2015), Nasi Dagang Lembu Korban (2015) | |
Akaun Laman Sosial Instagram https://www.instagram.com/mirafilzah | |
Akaun Laman Sosial Twitter https://twitter.com/MiraFilzah | |
Akaun Laman Sosial Facebook https://www.facebook.com/amirahfilzah | |
GAMBAR-GAMBAR (FOTO) CANTIK MIRA FILZAH




Nur Amirah Filzah Binti Badioezaman