Ayah apa macam ne, anak sendiri pun buat macam anak kucing. Moga kau menerima balasan yang setimpal dengan apa yang telah kau lakukan.
Rakaman video menunjukkan kanak-kanak itu menjerit kesakitan manakala ayah tirinya berusia 20 tahun mengangkat dan memegangnya di atas api yang menyala.
Kejadian berlaku di Limpio berhampiran Asuncion, ibu negara Paraguay dan dirakam jiran yang mendengar mangsa menjerit kesakitan, tetapi tidak berani menghalangnya.
Dalam video itu, lelaki berkenaan dilihat jelas merapatkan budak berkenaan pada api sehingga terkena kulitnya.
Kanak-kanak yang tidak didedahkan namanya itu dimasukkan ke hospital dengan melecur tahap pertama pada punggung serta kemaluannya.