Baru-baru ini tindakan Yuna memeluk artis terkenal antarabangsa, Usher selepas menyanyikan lagu Crush di sebuah konsert di Philadelphia telah mengejutkan orang ramai. Yuna menerima pelbagai kritikan hebat daripada netizen sehingga ada yang mencemuh dan melemparkan kata-kata kurang enak.
Melalui laman facebook, seorang selebriti tanah air, Farah Asyikin Zulkifli, telah menegur tindakan orang awam yang dikatakan nak berdakwah tapi tak kreatif. Katanya, ada cara bila nak menegur orang, bukan main hentam je.
Akui tindakan Yuna mengundang fitnah, dilarang agama & tak manis. Namun…
Kesian Yuna. Dikritik hebat. Yes, saya akui, memang apa yang dilakukan di mana Yuna dan Usher berpelukan just out of appreciation di atas stage mengundang fitnah. Memang dilarang agama. Memang tak manis. Tetapi mereka yang mengkritik tak perlu melabel Yuna dengan kata-kata yang tak sepatutnya. Nak berdakwah tetapi tak kreatif. Ada benda yang kita tidak sedap tengok orang lain buat pada diri dia sendiri, kita tegur secara hikmah. Ini juga peringatan buat diri saya sendiri yang terkadang emosi.
(InshaaAllah saya sentiasa berusaha untuk merubah diri jadi lebih sabar)Bagaimana dengan mereka yang berlakon berpegangan, berpelukan, memberahikan dan seakan hampir berciuman dalam drama-drama, filem-filem dan muzik video? Saya tengok ramai je follow cerita-cerita dalam tv dan panggung. Okay je. Yang berhijab penuh pun langgar adab dan syariah bila dalam lakonan, berpelukan dan bersentuhan like nobody’s business. Why? Because it’s just acting. I guess bila berlakon takpe. Dimaafkan. Heran sangat dengan mentaliti orang kita. Walaupun saya bukanlah sepenuhnya melayu dan bukan dilahirkan di sini, tapi jiwa ini dah melayu, membesar pun atas Tanah Melayu.Disebabkan orang kita yang beragama Islam yang judgemental, buat orang melayu Islam sendiri meluat dan menyampah. Buat orang yang nak berubah jadi lebih baik rasa berat nak berubah. Ada juga nak “tukar” agama dan sudah “tukar” agama kerana gagal melihat keindahan ajaran Islam yang sebenarnya.
Tegur secara berhikmah, doakan mereka & kita diberikan hidayah kerana kita pun tak selama-lamanya baik
Saya bersuara kerana suatu ketika dahulu saya pernah di dalam posisi yang lagho, kurang ilmu, di dalam keadaan yang tidak menutup awrat dan mempunyai mentaliti : “Walaupun saya tidak menutup awrat, hati saya baik dan suka bantu orang”. Dan bagaimana mudahnya orang melabel saya ketika itu dengan kata-kata kesat. Yes, salah saya juga yang memberi asbab kepada mereka untuk mengata saya. Tetapi mereka yang mengata terlupa yang hidayah itu milik Allah dan boleh diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.Saya mohon, kalau nampak apa-apa yang tidak menepati atau melanggar syariat, tegur elok-elok. Penuh adab. Nak berdakwah kena berilmu. Perlu kreatif. Ini yang marah sangat tu juga jarang mengunjungi masjid atau ke kelas ilmu. Awrat pun tak ditutup sempurna, solat pun dok lengah-lengah atau ada yang lopong dan suka mengumpat, hisap rokok, menggoda suami orang, tidak menundukkan pandangan, having affairs, tak bagi nafkah, melanggar amanah, curi duit secara terang-terangan dan banyak lagi. Melainkan orang yang ditegur biadap dengan kita, kacau hak kita, melangkaui batas dengan kita, Bismillah – silakan ambil tindakan yang sewajarnya. Other than that, please tegur secara hikmah dan penuh kasih sayang. Doakan mereka dan diri kita diberikan hidayah (kerana walaupun kita pernah dianugerahkan hidayah, kita tidak selama-lamanya baik. Kita akan tetap setia diduga selama digelar manusia). Doakan juga kita dan mereka diberikanNya bantuan yang bersesuaian dengan apa kita perlukan atas sebab mahukan kita semua dikumpulkan bersama-sama di syurga. Lillahi taala. InshaaAllah.Ampun dan maaf jika ada yang terasa secara langsung atau tidak. Saya hanya seorang insan yang banyak kelemahan dan kekurangan yang berhati besar dan punya rasa kasih sayang yang banyak untuk dikongsikan.Allahualam.#selfreminder #Islamisbeautiful #proudtobeamuslim
sumber: facebook Farah Asyikin Zulkifli