Hafidz Perlu Belajar Hormati Pelakon Lebih Lama



NAMPAKNYA drama ‘pergaduhan’ yang berlaku antara pelakon Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi semakin lama semakin panas.

Terbaharu, Uqasha, 24, memberitahu mStar Online, pelakon lelaki yang baharu meningkat naik itu perlu belajar menghormati pelakon-pelakon yang lebih lama dalam industri hiburan.
3-Uqasha-Senrose-Sindir-Hafidz-Roshdi-Takutkan-Tunang-ROTIKAYA-700x368
blogger-image--588543010

Ini kerana heroin Tundukkan Playboy Itu menyifatkan tindakan Hafidz, 22, memberi kenyataan kepada media mengenai tunang aktor itu cemburu sedikit telah memberi persepsi negatif masyarakat terhadap dirinya.

“Saya marah sebab dia beritahu media bahawa tunangnya cemburu dan memetik nama saya pula, ia seperti memalukan tunang dia sendiri dan saya juga dikaitkannya.

“Apa yang ingin dicemburu sedangkan ia hanya lakonan dan drama itu pun sudah habis siarannya.

“Saya muat naik status teguran itu sekali tetapi dia balas tiga kali dan muat naik foto di Instagram yang mengugut untuk jatuhkan saya.

“Namun selepas itu dia padam pula foto itu. Jika betul mahu jatuhkan saya silakan,” katanya.

Dalam pada itu, Uqasha memberitahu, dia sudah beberapa kali cuba menghubungi pelakon tersebut untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik namun tidak dilayan.

Oleh itu, Uqasha berharap Hafidz lebih matang dan belajar daripada kesilapan yang dilakukan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »