Part 3: Perangai Atikah Yang Sebenarnya




Part III ini aku nak cerita tentang Atikah. Bukan nak memburukkan sesiapa, tetapi alang-alang aku dah mulakan, aku gigihkan juga cerita siapa Atikah yang sebenarnya.



Part 1: 'Cantiknya Pilihan Awak'


Part 2: 'Saya Sudi Berkongsi, Tetapi Jangan Tinggalkan Saya'



Menurut tunang aku, Apik, 26, 4-5 bulan sebelum Paih bernikah dengan Yaya, Paih pernah suruh orang tanya-tanyakan Atikah ini sudah berpunya atau belum, kononnya merisik gitu. Tetapi Atikah jual mahal atau dalam erti kata lain menolak. Apik kata Paih ibarat kena reject. Jadi, mungkin sebab ini juga Paih menerima Yaya dulu. Tetapi dalam masa yang sama Paih tetap berkawan juga dengan Atikah.



Atikah ini dulu okay saja, tetapi selepas mendapat tahu Paih sudah bernikah, dia mungkin rasa tergugat. Bajet muslimah dia semakin menjadi-jadi, seolah-olah menggoda Paih.



Menurut Apik lagi, Atikah selalu mengajak mereka lunch bersama-sama, temankan dia membeli barang, alasan sebab Atikah sudah menganggap mereka ini seperti abang sendiri. Seriously??



Paih sebelum ini memang pernah menyimpan perasaan pada Atikah sejak dulu lagi, jadi bila Atikah beri perhatian lebih sikit, memang menjadi-jadilah. Bagi aku, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kedua-dua gatal sebab itu boleh bercintan cintun.



Oh ya, Apik ini tunang aku, member satu universiti Paih dan Atikah. Atikah ini junior mereka. Apik dan Paih memang rapat sejak dari sekolah lagi. Sekarang, kerja pun di firma yang sama. Apik ini hari-hari menadah telinga dengar suka duka kisah Paih. Kononnya.



Apik kata, Atikah ini selalu kata dia teringin nak berkahwin, macam nak suruh Paih berkahwin dengan dia. Siap bagi hint yang dia nak berkeluargalah, konon nak dapat pahala berkeluarga pula, nak lahirkan pejuang agamalah. Lepas itu, bila bersembang, selalu saja keluar ayat-ayat yang related dengan kahwin. Konon bersembang tentang agama tetapi bersulamkan cinta islamik, isu halal poligami. Puih!



Bagi aku, perkara-perkara seperti ini tidak proper untuk kita cakap dengan orang yang berlainan jantina. Kalau nak dapat pahala, buatlah baik pada ibu bapa, adik beradik, dapat juga pahala bagi yang single itu.



Apik dah cuba menasihatkan Paih tetapi sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Iyalah, Paih kan memang suka pada Atikah, gadih idaman dia sejak dari dulu lagi. Tambahan pula Yaya belajar, bukannya jumpa setiap hari.



Aku cakap pada Apik yang Paih tak bagi duit pada Yaya. Apik terkejut sebab Paih selalu bayarkan barang-barang Atikah. Bukan sikit-sikit tau, sekali bayar beratus juga dan bukan hanya sekali tetapi banyak kali. Paih juga pernah belikan jam berharga RM1,000 lebih untuk Atikah. Bagi aku, harga itu terlalu mahal untuk sebuah jam tangan.



Aku memang bengang dengan Paih tetapi lebih bengang dengan Atikah. Mungkin juga Paih suka rela belanja Atikah tetapi takkan Atikah tidak reti untuk menolaknya? Melampau wei, serius melampau. Sedangkan Yaya bayar yuran pun gunakan duit sendiri. Bukan ke itu tanggungjawab Paih? Eee! Geram!



Aku marah Apik sebab dia tidak pernah menceritakan perkara-perkara seperti ini pada aku dulu. Tetapi dia kata takkan perkara seperti ini pun nak cerita. Paih itu juga adalah kawan dia, nanti Paih marah pula pada dia.



"Apa bezanya? Sekarang boleh saja cerita," bentak aku pada Apik.



"Sekarang lain. Sekarang Paih dah suka pada Yaya," kata Apik.



Suka?? Jeng! Jeng! Jeng!



Apik kata dia rasa yang Paih sudah mula suka pada Yaya sebab dua menjak ini Paih asyik sebut tentang Yaya. Sikit-sikit Yaya, ada apa-apa pun Yaya. Dalam group WhatsApp sekolah pun Paih ada mention tentang Yaya. DAh tak malu, tak ada rahsia macam dulu.



Tetapi bagi aku, Paih tak layak untuk orang seperti Yaya. Jauh sangat bezanya. Kalau aku sebagai Yaya, dah lama aku tinggalkan Paih. Jujur cakap, Paih dengan Yaya macam langit dengan bumi.



Paih buat kerja laju, pantas, kerja keras, sekali ajar terus faham, tak mudah mengalah, buat kerja sempurna, puas hati kalau suruh dia buat apa-apa.



Yaya tak seperti Paih. Yaya ini pelupa, ajar banyak kali guna mesin basuh pun dia boleh lupa. Padahal mesin basuh automatik. Dan tiap-tiap kali nak buat air teh pun dia akan tanya,



"Mak, gula nak bubuh berapa sudu?"



Padahal, dia yang buat air hari-hari. Mak cakap, Yaya ini suka bertanya, benda yang dah tahu pun dia akan tanya. Selain itu, Yaya jenis cemerkap, selalu sangat barang dia jatuh. Dia sendiri pun selalu juga terjatuh. Tengah jalan tiba-tiba terlanggar mejalah, sofalah, jatuh tanggalah. Memang jenis seperti itu, mak kata Yaya ini jenis lembik. Kalau Yaya tolong masak bila part potong sayur, jari jemari dia mesti akan terluka sikit terkena pisau. Dia jenis serba serbi kurang cekap.



Namun begitu, mak kata Yaya profesional bab mengemas katil dan mengambil hati orang tua. Sebab itu mak sayang dia. Kadang-kadang jealous juga sebab mak selalu mengutamakan Yaya. Tetapi bila fikir balik, tak apalah sebab Yaya kan anak yatim piatu. Kalau bukan pada mak tempat dia bermanja, siapa lagi?



Berbalik kepada Atikah, menurut Apik, pada masa hari raya tempoh hari, budak-budak di group WhatsApp (Group Usrah yang kebanyakan tak tahu Paih dah kahwin) berbincang nak pergi beraya di Johor. Sambil itu boleh pergi kenduri kahwin salah seorang rakan mereka. Tengah leka berbincang, tiba-tiba ada yang kata tak sabar nak makan nasi kenduri Paih.



"Tahun depan, jemput makan kenduri akikahlah," Paih reply dengan sertakan gambar kahwinnya dengan Yaya.



Woww! Bold gila! Selepas itu, macam-macamlah soalan orang dok tanya, ada yang membahan, ada yang dok alhamdulillah bagai.



Malam selepas Paih hantar gambar nikah di group itu, Atikah mesej Apik melalui WhatsApp. Dia kata dia sedih yang Paih buat dia begitu (sebab sebelum ini Paih dah beri harapan). Kawan-kawan ada bertanya pada Atikah tentang Paih sudah bernikah. Ramai yang tak sangka sebab mereka tahu Paih rapat dengan Atikah.



"Tergamak Paih buat saya macam ini. Saya sedih.. ramai yang bertanya pada saya. Mana saya nak letak muka," katanya.



Tetapi Apik jenis yang tak layan perkara-perkara seperti ini.



"Tak baik buat macam ini. Lagipun Atikah kan dah tahu awal-awal lagi yang Paih sudah berkahwin. Sepatutnya Atikah jauhkanlah diri daripada Paih," balas Apik.



Aku baca WhatsApp Atikah pun rasa bengang.



"Apalah sangat perempuan ini harapkan?" aku soal Apik.



"Duit dan lelaki. Iyalah, dah bertahun-tahun dia rapat dengan Paioh, tambah pula Paih ini pakej lengkap, ada rupa, harga, konon 'alim'. Kalau Paih tak layan dia, terkontang-kantinglah hidup Atikah. Siapa nak support dia lagi?" balas Apik.



Masa ini jugalah Apik terlepas cakap yang kereta dimiliki Atikah itu dibeli menggunakan nama Paih. Paih yang bayar setiap bulan. Masa ini aku memang dah tak boleh tahan marah. Walaupun setakat Myvi, bulan-bulan RM500 lebih juga wei! Bagi aku, itu pelaburan yang sia-sia. Membara hati aku rasa.



Aku cerita perkara ini pada mak. Mak dengan tenang menjelaskan yang dia sudah tahu. Mak cakap, masa Paih beli kereta itu dulu, Paih pernah memberitahunya. Pihak bank juga turut menelefonnya dan masa inilah mak tahu. Taku pun tak berapa jelas mengenai hal ini tetapi serius aku bengang.



Aku ada cakap tentang kereta itu pada Paih. Tahu apa yang dia balas?



"KAlau adik nak guna kereta itu, adik pergi minta sendiri daripada Atikah," katanya.



Entahlah wei, tak tahu nak buat macam mana. Benda terjadi di depan mata aku. Tetapi aku tak tahu macam mana nak respon. Walaupun hidup kami macam drama, tetapi inilah realiti. Kasihannya Yaya, hak dia selalu dinafikan. Aku dapat rasa, suatu hari kalau Yaya tak baik juga dengan Paih, dia sendiri akan membawa haluan dia.





Banyak lagi aku nak cerita tentang Paih dan Yaya yang dah baik ini. Tetapi nantilah, sebab sekarang mood aku nak meluahkan rasa marah aku ini. Grrr.. - Adik Kau | PIXEL MEDIA

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »