'Rupa-Rupanya Ramai Penumpang Yang Tunggu Berselfie Dengan Kapten Ini'


Kelmarin, semasa kapal terbang mula bergerak dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, ambo tersentak bila mana mendengar bacaan doa musafir yang panjang dengan fasih, sebutan bahasa Arab lebih baik dari seorang ustaz. 

Dalam hati ambo berkata, "Alhamdulillah, Air Asia dah buat satu perubahan yang baik." 

Selepas itu, ambo bertanya pada pramugara, bila mula amalkan bacaan doa musafir ini, sebab dalam penerbangan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur tak ada pula bacaan doa musafir.

"Yang baca doa musafir itu, kapten kapal terbang ini," jawabnya. 

Dalam hati amboi kata, "MasyaAllah, hebat dia ini. Aku nak kenap siapa insan istimewa ini,". 

Sepanjang perjalanan 50 minit itu, kapten kapal tak henti-henti berceloteh memberitahu setiap destinasi yang dilalui dalam sebutan bahasa inggeris yang cukup fasih dan diselang seli dengan pantun. 

Bila mendarat, cepat-cepat dia keluar untuk bersalaman dengan setiap penumpang. Kebetulan saya berada di seat 1D mendengar ucapan tahniah dan terima kasih dari kebanyakan penumpang kepada beliau. Ambo tunggu nak bertemu dan berselfie dengan beliau, rupa-rupanya ramai yang duduk belakang pun tunggu nak berselfie dengan Kapten Shahiran ini juga. 

Terima kasih sebab bagi no handphone ko ambo. 

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »