Showing posts with label LUAR NEGARA. Show all posts
Showing posts with label LUAR NEGARA. Show all posts

[GAMBAR] Hebat Lelaki Malaysia Kahwin Artis Popular Perempuan Thailand Yang Super Cantik


SEORANG lelaki tempatan bernama Muhammad Hakim Azhar tiba-tiba menjadi popular dan perbualan hangat masyarakat Malaysia.

Semuanya selepas, kisahnya berjaya menambat hati sekali gus bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon Thailand, Aisyah Nok Suthida menjadi viral di media sosial.

Muhammad Hakim, 25, dan Aisyah, 39, dilaporkan selamat diijabkabulkan pada 9 Julai lalu.                
3

viral-2
                              

                                     


Majlis pasangan ini turut mendapat liputan meluas media Thailand dan dihadiri oleh Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Pasangan ini dikatakan berkenalan setelah Muhammad Hakim meminta untuk bergambar bersama semasa dia menyertai pertandingan kecergasan di Singapura pada Jun tahun lalu.

Ketika itu, Muhammad Hakim tidak mengetahui wanita itu adalah artis popular dari Thailand.

“Saya kenal dengan isteri ketika bertanding dalam South East Asia Streetworkout Championship 2015.

“Mula-mula nampak dia memang cantik. Saya cuma berani bergambar dengan dia, tak berbual pun. Kemudian saya minta Instagram dia dan apabila balik dari Singapura saya mesej untuk minta nombor telefon dia.

“Itu pun dia balas selepas seminggu, kemudian barulah kami saling berbalas mesej dan berkenalan dengan lebih lanjut,” katanya kepada Harian Metro.

Muhammad Hakim yang berasal dari Kluang, Johor melamar Aisyah pada 12 Mac lalu sebelum bertunang pada 10 April.

Difahamkan, Aisyah atau nama sebenarnya Nook Suttida Kasemsant Na Ayutthaya merupakan ibu tunggal kepada dua anak lelaki dan telah memeluk islam pada Februari 2015.

Aisya popular menerusi drama bersiri Angel Destiny, Kamin Kub Poon, Huk Leam Kularb selain membintangi filem, Dek Ra Berd – Extreme Game, Taek 4 dan Lok Tung Bai Hai Nai Kon Deaw.

Muhammad Hakim kini menetap di Bangkok dan membantu perniagaan isterinya yang berkaitan dengan produk kecantikan wanita selain bercadang untuk menjadi jurulatih kecergasan di Bangkok. – MYNEWSHUB.CC

Menarik Isi Minyak Free Tapi Kena Bagi Free Dulu


RANGKAIAN stesen minyak Oblast di Rusia melakukan gimik pemasaran yang cukup luar biasa di kalangan pelanggannya, iaitu mereka hanya perlu memakai bikini dan kasut bertumit tinggi sekiranya ingin mengisi minyak secara percuma.

Nak Isi Minyak Free, Kena Pakai Bikini Dulu

Nak Isi Minyak Free, Kena Pakai Bikini Dulu

Nak Isi Minyak Free, Kena Pakai Bikini Dulu
Nak Isi Minyak Free, Kena Pakai Bikini Dulu
Nak Isi Minyak Free, Kena Pakai Bikini Dulu
Walaupun kebanyakan penduduk menganggap strategi pemasaran dan promosi itu seperti merendah-rendahkan wanita namun tak disangka-sangka rupanya ramai yang berani menyahut cabaran tersebut demi mendapatkan minyak percuma.
Ianya juga tidak terhad kepada pengguna wanita sebaliknya ada pelanggan lelaki yang sanggup memakai pakaian mandi serta high heels seperti mana syarat yang dituntut demi minyak percuma.
Nak Isi Minyak Free, Kena Pakai Bikini Dulu
Gambar-gambar pengguna sedang mengisi minyak dalam keadaan yang cukup seksi itu kini tersebar meluas di rangkaian laman sosial negara berkenaan berikutan keunikan gimik yang diketengahkan itu. – MYNEWSHUB.CC


SEDIH- Seorang Ayah Sanggup Bakar Anak Sebab Kencing Malam [VIDEO]



Ayah apa macam ne, anak sendiri pun buat macam anak kucing. Moga kau menerima balasan yang setimpal dengan apa yang telah kau lakukan. 

Asuncion (Paraguay): Seorang budak lelaki berusia tiga tahun dimasukkan ke hospital kerana melecur teruk selepas didera ayah tirinya menggunakan api disebabkan kencing malam.

Rakaman video menunjukkan kanak-kanak itu menjerit kesakitan manakala ayah tirinya berusia 20 tahun mengangkat dan memegangnya di atas api yang menyala.

Kejadian berlaku di Limpio berhampiran Asuncion, ibu negara Paraguay dan dirakam jiran yang mendengar mangsa menjerit kesakitan, tetapi tidak berani menghalangnya.

Dalam video itu, lelaki berkenaan dilihat jelas merapatkan budak berkenaan pada api sehingga terkena kulitnya.

Kanak-kanak yang tidak didedahkan namanya itu dimasukkan ke hospital dengan melecur tahap pertama pada punggung serta kemaluannya.





Pasangan Paling Cun Selamatkan Mangsa Lemas

Pasangan Paling Cun Selamatkan Mangsa Lemas



SEPASANG kekasih di Shaanxi, China mendapat pujian daripada netizen di internet kerana tindakan pantas mereka menyelamatkan seorang lelaki lemas di dalam sungai.
Menurut CCTVNews, pasangan kekasih Wang Xudong, 26; dan Li Chenyang, 23; yang sedang berbasikal ternampak lelaki itu terkapai-kapai di dalam air kelemasan.
12321347_1185804954793656_5411276240530336529_n
Li Chenyang, 23 dan kekasihnya Wang Xudong, 26
Kelihatan orang ramai telah berkumpul di sepanjang sungai itu, manakala beberapa orang yang berada di tempat kejadian menggunakan kayu yang panjang dan tali untuk menyelamatkan mangsa itu.
Walau bagaimanapun, tiada siapa yang berani untuk melompat ke dalam sungai membantu mangsa itu.
1916199_1185804961460322_7272386188615910436_n
12963950_1185805101460308_407011013807638926_n
Wang yang menyaksikan kekecohan itu, dia serta-merta terjun ke dalam air, meskipun dia seorang perenang yang amatur namun mampu untuk menolak lelaki itu ke darat dengan bantuan beberapa penonton.
“Cerun itu benar-benar curam dan dia lompat tanpa teragak-agak. Memang menakjubkan. Kepalanya mungkin boleh terhantuk pada batu bata yang terdapat pada cerun itu, kesan memang tidak dapat dibayangkan,” kata seorang saksi kepada media.
Sebaik sahaja mangsa dibawa ke tepi, Li menggunakan pengalamannya sebagai jururawat dan melakukan bantuan pernafasan kecemasan untuk menyedarkan mangsa.
12718111_1185804738127011_2355148207864644726_n
Lelaki itu kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan. Pasangan itu telah menjadi satu topik hangat di Weibo, dengan netizens menamakan mereka sebagai ‘pasangan yang paling cun.’ – MYNEWSHUB.CC
Ryan Reynolds, Blake Lively Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Ryan Reynolds, Blake Lively Bakal Timang Cahaya Mata Kedua



PASANGAN pelakon terkenal Hollywood, Blake Lively dan suami, Ryan Reynolds dilapor bakal menimang cahaya mata kedua dalam masa terdekat ini.
Walau bagaimanapun, sumber majalah hiburan People tidak mendedahkan usia kandungan aktres yang popular dengan drama bersiri Gossip Girl itu.
Menurut sumber, pasangan itu sangat gembira dengan berita tersebut memandangkan Blake mahukan tiga cahaya mata bagi menyerikan lagi kehidupan rumah tangganya.
Malah, hal itu turut dipersetujui suaminya yang kini semakin popular dengan watak adiwira Deadpool.
“Kami teringin mempunyai anak yang ramai sebab kami berdua pun datang daripada ahli keluarga yang ramai. Adik beradik saya empat, Blake pula lima.
“Ada yang cakap perkara itu mustahil (untuk mempunyai ramai anak), tapi kami rasa kami bersedia untuk itu,” kata Ryan.
Blake dan Ryan mempunyai seorang lagi anak perempuan, James yang dilahirkan pada 16 Disember 2014.
blake1
Setakat ini, jurucakap aktres itu masih belum memberi sebarang pengesahan berikutan kisah kehamilan keduanya seperti mana yang dikongsikan oleh majalah hiburan tersebut.
Blake dan Ryan berkahwin pada September 2012 di sebuah majlis tertutup di Carolina Selatan, Amerika Syarikat walaupun baharu sahaja berkenalan rapat beberapa bulan sebelum itu. – MYNEWSHUB.CC
Moyang Remaja Ini Memiliki Wajah Seiras Johnny Depp

Moyang Remaja Ini Memiliki Wajah Seiras Johnny Depp



SEORANG remaja yang berkongsikan gambar moyangnya di laman sosial miliknya menjadi viral baru-baru ini hanya kerana moyangnya itu dikatakan mempunyai persamaan wajah dengan bintang Hollywood terkenal.

Remaja itu yang menggunakan nama samaran mwjstone14, turut menulis kapsyen: “My great grandfather looks just like Johnny Depp (moyang saya kelihatan seiras seperti Johnny Depp)”.

depp1

Perkara ini bukan sahaja berlaku kepada Johnny, malah seorang lagi aktor Matthew McConaughey turut sama dikatakan mempunyai wajah seiras dengan moyang seseorang sebelum ini.
Bila tenung lama-lama memang ada iras-iraslah, anda pula rasa macam mana? – MYNEWSHUB.CC