ARTIS-Kami Hanya Duta Sahaja Isu Baju Raya Tak Siap, Netizen Kecam SamTilla [SCREENSHOT]


Normal perkara yang akan melanda Malaysia adalah berkaitan dengan baju raya. Kali ne kes pelik sikit duta baju raya yang diugut sebab baju tak siap.

Oleh Feyra Nasrom Sumber mstaronline

Dek kerana ramai yang bengang disebabkan baju tempahan raya tidak siap, pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dikecam hebat oleh netizen. Sebagai duta bagi butik Ella Zada, SamTilla membuat penjelasan bahawa mereka langsun tidak terlibat dengan permasalahan yang berlaku. Namun, mereka turut menerima tempias kekecohan peminat yang berang dengan baju pakaian raya yang masih belum siap.

Saya dan Sam juga seperti orang lain dan kami tidak mempunyai jawapan bagi perkara itu. Saya tak tahu nak komen apa. Cuma apa yang boleh saya katakan, benda itu diluar bidang kuasa dan kawalan kami.

“Kami hanya duta kepada kempen sempena raya butik berkenaan dan hanya menjalankan promosi sahaja,





 Pengasas butik berkenaan, Elliyin Razif tampil memohon maaf dan menyaran agar orang ramai tidak memarahi pasangan tersebut memandangkan masalah yang berlaku adalah berpunca dari pihak pembekal sendiri.




Tambah Elliyin, pihak mereka akan cuba sedaya upaya cari alternatif lain untuk menyelesaikan masalah kelewatan baju pelanggan dan memenuhi segala kehendak seperti yang telah dijanjikan. Pihak Ella Zada juga memohon maaf kepada SamTilla kerana telah mengheret mereka ke dalam masalah tersebut. 

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »