Ya Allah masih ada lagi orang sanggup aniaya anak yatim, semoga beliau mendapat keinsafan. Fikir la budak-budak tu tak ada mak dan ayah, pastu boleh main-main konon nak belanja makan.
Pagi ini, perhatian admin tertarik dengan sebuah pos yang dimuatnaik oleh Ummi Rusnah Abu Samah iaitu
pengasas kepada Madarasah Darul Tahfiz Sri al Ain di mana madrasah
berkenaan menempatkan kira-kira 100 orang anak yatim dan kanak-kanak
yang tidak bernasib baik.
Seperti kebiasaan, sudah pasti ada orang yang akan tampil meraikan anak-anak yatim dan anak-anak tidak bernasib baik ini terutamanya pada bulan Ramadhan ini.
Tapi kisah kehidupan mereka ini adakalanya seolah-olah dipermainkan oleh sesetengah orang yang tidak bertanggungjawab.
Menurut Ummi dalam satu posnya semalam di laman Facebook kepunyaannya, seseorang telah berjanji untuk 'sponsor makanan kepada kira-kira 100 orang anak yatim yang berada di Madrasah berkenaan.
Namun, pada hari yang dijanjikan untuk menyajikan hidangan berbuka puasa kepada anak-anak yatim ini, individu yang berjanji untuk 'sponsor' anak-anak yatim ini makan menyepikan diri apabila tidak menjawab panggilan telefon daripada Ummi.
"Kalau Ummi seorang bolehlah berbuka di masjid, tapi ini 100 orang, macamman nak bawa berbuka di Masjid, ke nak tunggu sampai waktu berbuka, kalau makanan tak sampai kita makan kurma dan minum air je la," tulis Ummi.

Untuk
lebih lanjut, kami telah menghubungi Umm, menurut Ummi dia telah cuba
untuk menelefon individu yang berjanji tersebut namun panggilannya tidak
diangkat sehingga akhirnya beliau terpaksa ikhtiar sesuatu untuk
anak-anak ini.
"Ummi dah telefon orang itu lambat, jadi persiapan untuk masak kepada mereka tak sempat disediakan kerana perlu menyediakan barang yang banyak untuk makan 100 orang dan memandangan memang berharap kepada individu berkenaan untuk berikan makanan kerana sudah berjanji," jelas Ummi.
Ditanya anak-anak ini berbuka puasa dengan apa, Ummi memberi tahu ada seorang insan mulia telah mengambil tindakan menghantar kek kepada anak-anak ini untuk lapik perut berbuka kerana makanan yang dijanjikan oleh individu berkenaan tidak muncul tiba.

Menurut
Ummi lagi, usahanya menjaga anak-anak ini mendapat sokongan daripada
Majlis Agama Islam Selangor, tetapi urusan untuk bantuan sedikit susah
atas kerana selain anak-anak yatim, ada terdapat anak-anak yang terbiar
Ummi ambil tidak mempunyai status kerakyatan dan ia melibatkan prosuder
undang-undang.
Ini menyebabkan Ummi terpaksa bergantung penuh kepada bantuan orang ramai diluar sana.
Kepada anda yang ingin membantu anak-anak ini bolehlah salurkan bantuan anda kepada
164025021721 (Rusnah Abu Samah),
MADARASAH DARUL TAHFIZ SRI AL AIN, JALAN GAJAH 16, KG KUBU GAJAH, SG BULOH atau hubungi 0132456300.
Apapun terima kasih kepada Ummi kerana sanggup menjalankan kerja amal ini, semoga dikurniakan ganjaran pahala yang besar. - Siakapkeli.my