PELAKON, pengkritik dan pelawak Adlin Aman Ramlie yang ditahan pada Khamis berikutan disyaki terlibat dengan kes penipuan hartanah membabitkan kerugian sebanyak RM485,000, telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Baca: Kes Tipu Hartanah, Adlin Aman Ramli Ditahan Polis?
Adlin, 44, dibebaskan selepas memberi keterangan kepada pihak polis, pada Jumaat.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd. Wahid.
“Kita telah mengambil keterangan Adlin dan pihak polis berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan pelakon berkenaan. Dia kini telah dibebaskan di bawah jaminan polis.
“Bagaimanapun, kita tetap akan menjalankan siasatan terhadap Adlin mengenai peranannya dalam kegiatan pelaburan haram ini,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.
Sementara itu, Adlin Aman Ramlie memberitahu akan mengadakan sidang akhbar pada Ahad untuk menjelaskan penahanannya itu. – MYNEWSHUB.CC